20 Apr 2012

Guru sasaran amarah??


Guru sasaran lepas geram

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BINCANG...guru perlu bijak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sekali gus mempertahankan profesionalisme juga integriti sedia ada. - Gambar Hiasan
BINCANG...guru perlu bijak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sekali gus mempertahankan profesionalisme juga integriti sedia ada. - Gambar Hiasan
JIKA disoroti kisah guru dan pelajar dulu, wujud persoalan mengapa kedua-dua golongan itu ibarat bermusuhan kini.
Biarpun terkenal tegas dan garang, rasa hormat pelajar pada guru masih tinggi dan tidak tergamak bersengketa hanya kerana dihukum.
   
  • FotoTERTEKAN...emosi guru yang tertekan juga boleh menggugat hubungan dengan pelajar. - Gambar hiasan
  • FotoASET...pelajar dan guru adalah aset negara masa depan, jangan kerana persengketaan, hubungan harmoni menjadi retak, sekali gus merugikan semua pihak. - Gambar hiasan
  • FotoCABARAN...guru hari ini berdepan cabaran getir bukan sekadar tanggungjawab pada akademik malah dalam menjalin hubungan dengan pelajar. - Gambar hiasan
Malangnya, zaman kini berbeza kerana pantang dicuit, kedua-dua pihak pasti berbalah dan bertegang urat mempertahankan pandangan serta hak masing-masing.

Guru juga dikatakan sudah berani bertindak di luar batas profesionalisme manakala pelajar semakin galak mengambil tindakan sendiri ‘memalukan’ guru.


Persoalannya, di manakah nilai kedudukan guru di mata pelajar juga hak pelajar di sisi guru?

Adakah pelajar sengaja mencipta masalah dan masihkah guru menjadi golongan dihormati atau sebaliknya?

Mantan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah, Zuraidi Rahim, berkata sukar mentafsirkan taraf kedudukan guru hari ini kerana pelajar tidak mempunyai rasa hormat kepada golongan itu.

Malah, lebih mendukacitakan apabila mereka menjadikan guru sebagai musuh yang perlu diperangi.

“Inilah hakikat terpaksa ditelan guru hari ini. Mereka terpaksa berdepan pelajar yang tidak langsung mahu mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru.

“Malah, ada yang menjadikan guru sebagai golongan sasaran untuk melepaskan dendam.

“Semakin moden cara berfikir, semakin kecil peranan guru di mata pelajar hingga hilang rasa hormat,” katanya.

Akuinya, pelajar hari ini sudah semakin berani dan nekad mengambil tindakan sendiri sekiranya dihukum.

“Dulu, rasa takut dan hormat pelajar pada guru menggunung tinggi. Sekarang mereka lihat guru semakin kecil dengan peranan yang terbatas.

“Kuasa guru juga semakin terikat seperti tidak boleh merotan sesuka hati dan ibu bapa juga mudah melenting jika anak mereka ‘disentuh’,” katanya.

Beliau berkata, pelajar hari ini tidak memahami hasrat murni guru apabila dikenakan hukuman dan menganggapnya mencabul hak asasi individu.

Manakala guru pula dianggap menggunakan status dan kuasa untuk ‘mengikat’ pelajar bagi menurut perintah.

“Keadaan ini menimbulkan kerumitan kerana masing-masing ada hujah untuk menegakkan pendirian. Isu kecil menjadi besar terutama jika membabitkan penggunaan fizikal.

“Ditambah lagi sikap kedua-dua pihak yang tidak sebulu menjadikan pertelingkahan semakin serius dan meletakkan nilai murni di tangga paling bawah,” katanya.

“Keadaan ini menunjukkan betapa kroniknya konflik hubungan kedua-dua pihak biarpun berada di bawah satu bumbung.

“Guru mahupun pelajar seharusnya perlu bijak menilai dan jangan babitkan emosi kerana tidak menyelesaikan masalah.

“Juga, usah menyalahkan antara satu sama lain kerana masing-masing ada kelemahan dan berhak menerima teguran demi kebaikan bersama,” katanya.

Deretan isu panas membabitkan guru dan pelajar kini mengundang pelbagai persepsi kerana kedua-duanya tidak pernah berhenti bertingkah, sekali gus menggugat keharmonian dunia pendidikan negara.

Pertelingkahan itu turut menimbulkan pertanyaan mengapa mereka ibarat seteru dan begitu kontras hingga dihambat kontroversi.

Sikap saling tidak memahami juga penggunaan simbolik ‘perintah dan menurut’, katanya, menjadi punca mereka bermusuhan walaupun hanya isu kecil.

“Ada segelintir guru atau pelajar lebih suka ia menjadi sensasi supaya boleh diketahui ramai.

“Sepatutnya kedua-dua pihak perlu hormat antara satu sama lain, bukan merendahkan maruah masing-masing,” katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju tindakan guru yang merotan, menghukum atau melakukan perkara di luar batas kemanusiaan wajar dikenakan tindakan tegas.

“Jika guru memang bersalah wajar tindakan tegas diambil. Status disandang bukan bermaksud boleh menghukum atau menganiaya pelajar sesuka hati.

“Pelajar yang melanggar peraturan dan tidak berdisiplin juga wajar dikenakan hukuman. Jangan ada sikap pilih kasih,” katanya.

Katanya, bukan mahu menyalahkan, namun ramai ibu bapa lebih mementingkan kerjaya berbanding mengambil tahu persekolahan anak sebaliknya menyerahkan tanggungjawab itu pada guru.

“Apabila anak mengadu, mereka drastik mengambil tindakan tanpa menyelidik lebih lanjut,” katanya.

Beliau yakin insiden buruk membabitkan guru-pelajar hanya kes terpencil yang boleh diperbaiki.

“Guru, ibu bapa dan pelajar juga perlu bersikap lebih terbuka, realistik, saling mempercayai dan menyokong antara satu sama lain. Pendidikan perlu berlangsung secara harmoni bagi menjamin hak semua.

“Jangan kerana persengketaan, hubungan renggang. Kita akan rugi dan menanggung sesalan kelak,” katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Gurusasaranlepasgeram/Article

Santai dan Berinfo

Santai dan berinfo.. Ya itu dia tema BIG Fasa Pertama yang telah kami jalani 4 hari lepas. BIG Fasa Pertama ini berlangsung selama 4 hari 3 malam di PULAKO, ataupun Pusat Latihan Kokurikulum IPG Kampus Rajang. 
BIG Fasa Pertama bagi Semester ini adalah gabungan 3 buah kelas iaitu PISMP BM1, PISMP BM2 dan PISM PSV. 
Seramai 50 orang guru pelatih menyertai program BIG ini. Berikut merupakan sedikit info BIG Fasa Pertama Semester 1 Ambilan Januari 2012.


Tempat : PULAKO IPG Kampus Rajang
Tarikh   : 17 April - 20 April 2012 (4 hari 3 malam)
Jumlah Peserta : 50 orang - PISMP BM1, PISMP BM2, PISMP PSV.
Jumlah Kumpulan : 5 Kumpulan
Kumpulan 1 : Bravo
Kumpulan 2 : Unicorn
Kumpulan 3 : Gambate
Kumpulan 4 : Survival
Kumpulan 5 : Benjo


Entri hari ini akan disertakan dengan gambar yang sempat dirakam pada Hari Pertama. Hari kedua, ketiga dan keempat dalam entri seterusnya..


Hari Pertama:
- Berkumpul di PULAKO
- Pasang khemah dan gajet kelas masing-masing.
- Taklimat keselamatan dari Encik Ariffin
- Solat dan Sesi Moral (bukan Muslim)
- Ice breaking - slot bersama Encik Adib (Kaunselor Pelajar)


Peserta BIG tiba di PULAKO dan menunggu taklimat bermula.


Peserta masih segar dan bertenaga pada hari pertama.


Peserta mengagihkan kanvas untuk setiap kumpulan.

Peserta lelaki mendirikan gajet kumpulan masing-masing.

Manakala, peserta perempuan mendirikan khemah bagi setiap peserta. Sikap kerjasama, saling membantu dan bergotong royong yang diamalkan menjadikan kerja-kerja pemasangan khemah dan gajet menjadi lebih cepat.


Gajet untuk PISMP BM2 sudah hampir siap..

Kelihatan pelajar PISMP BM1 sudah mula mengupas bawang dan menyediakan bahan untuk dimasak pada hari tersebut.

Taklimat keselamatan dari Encik Ariffin. 

Menunjukkan contoh-contoh ubat yang harus ada dalam First Aid Kit.

Beliau meminta seorang pelajar dari kelas BM2 untuk membuat demonstrasi.

Pada pukul5, keseluruhan kawasan PULAKO difogging untuk membunuh nyamuk.


Kem Komandan - Encik MacNair Kundang bersama Ambrose J.

Gambar terbaik..

Tukang masak bersedia dengan resepi masing-masing untuk makan malam.

Kelihatan Hanisah dan Nadzirah memotong hotdog untuk dimasak merah untuk santapan malam pertama BIG.

Tersusun dan sangat kemas.


Tukang-tukang masak yang bertauliah.. Gred A.

Kawasan memasak yang amat selesa. Terima kasih pelajar lelaki BM2 atas ketelitian anda membina gajet ini.

Solat dan takzirah bersama Ustaz Muhammad Zawawi bagi pelajar Muslim.

Slot LDK 1- Kumpulan Survival (Juara keseluruhan)

Kumpulan Unicorn

Kumpulan Gambate

Kumpulan Bravo

Kumpulan Benjo. 
Apa yang seronok sangat tu Sila, ternganga mulut gelak. haha..

Tahniah kepada kumpulan Bravo kerana menjuarai keseluruhan aktivit dan mengumpul mata terbanyak pada malam kebudayaan. 
Kepada pasukan lain, sila cuba lagi.. Menang dan kalah adat pertandingan.. Kita masih lagi ada 5 program BIG di masa akan datang.. 


Nantikan sambungan entri hari kedua, ketiga dan hari terakhir di entri seterusnya..


Apa yang penting? Santai..... Berinfo.... 

13 Apr 2012

Pena Kampus: Generasi muda perlu hayati sejarah negara

Pena Kampus: Generasi muda perlu hayati sejarah negara

Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MUTAKHIR ini, isu berkaitan sejarah negara menarik perhatian dan minat khalayak apabila terdapat pihak-pihak tertentu cuba memutar belit dan mengemukakan fakta-fakta mengelirukan.
Lebih dahsyat ada yang mengemukakan fakta baru mengenai sejarah kita menerusi kupasan sesuatu fakta mengikut persepsi sendiri demi menyokong ideologi tertentu.
Akibatnya, rakyat terutama�nya generasi muda yang tidak melalui zaman kemerdekaan dan pembentukan negara semakin keliru.

Lebih malang, kita hanya bergantung kepada buku sejarah yang diajar di sekolah bagi mengajar anak-anak kita mengenai sejarah negara ini menyebabkan hanya pelajar yang minat membaca dan menghafal mampu memahami.


Sebaliknya kebanyakan pelajar sekarang tidak begitu berminat mempelajari mata pelajaran berbentuk fakta.

Antara isu berkaitan sejarah negara yang mula mencetuskan polemik dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat mutakhir ini ialah berkaitan sejarah kemerdekaan negara.

Ia membabitkan penafian terhadap kekejaman komunis dan kehebatan pahlawan
negara, persoalan pembentukan kontrak sosial oleh pemimpin politik dan pejuang kemerdekaan dari pelbagai kaum, status penjajahan Tanah Melayu, polemik kewujudan Hang Tuah serta cabaran terhadap kandungan Perlembagaan Negara.

Ini adalah antara perkara dan peristiwa penting membabitkan sejarah kemerdekaan dan pembentukan negara kita.

Bagi generasi hari ini mereka tidak berpeluang meniti zaman-zaman yang penuh mencabar itu sebaliknya hanya mampu membaca dan mengetahuinya melalui bahan bacaan seperti buku-buku sejarah di samping melalui mata pelajaran sejarah yang diwajibkan di sekolah.

Sejauh mana generasi muda sekarang berminat mengenai sejarah negara ini adalah suatu persoalan yang sangat subjektif dan sukar digambarkan.

Malah, jika kita membuat kajian terhadap sekumpulan anak muda zaman ini untuk menguji kecerdikan dan pe�ngetahuan mereka mengenai sejarah negara pastinya akan lebih menjurus kepada rumusan yang cukup mengecewakan.

Penulis berani mengatakan bahawa kebanyakan anak muda sekarang langsung tidak mengetahui fakta dan peristiwa penting yang membabitkan sejarah negara seperti nama-nama pejuang kemerdekaan.

Misalnya masih ada yang tidak tahu siapa Tunku Abdul Rahman, tidak tahu tarikh-�tarikh penting seperti bila Tanah Melayu diserang Jepun, kejadian berdarah Bukit Kepong serta tahap kezaliman komunis yang cukup mengerikan.

Mereka bukan saja tidak tahu malah juga tidak mahu mengambil tahu ataupun berusaha untuk mempelajarinya atas alasan tidak perlu dan tidak membawa apa-apa manfaat. Jelas mereka masih tidak memahami kepentingan untuk menghayati sejarah negara sendiri.

Ini menunjukkan mereka lebih berminat untuk menumpukan perhatian kepada masa depan kerjaya, keluarga dan kewangan berbanding masa depan negara kita.

Namun, satu perkara yang mereka lupa ialah segala perancangan masa depan mereka itu akan hancur dan musnah andai masa depan negara ini tidak terus dipelihara.

Akibatnya, mereka mudah leka dan tidak kisah mahupun peduli andai fakta-fakta penting sejarah negara diputar belit oleh pihak tertentu.

Lebih malang lagi akibat kecetekan ilmu mengenai sejarah negara, mereka mudah terpengaruh dan terus mempercayai penyelewengan fakta terbabit.

Ini membuktikan subjek sejarah yang diajar di sekolah belum mampu menyemai perasaan kasih dan sayang golongan muda ini kepada negara sehingga mereka sanggup menghayati dan mempelajari�nya sungguh-sungguh.

Generasi muda ini belum melihat subjek sejarah sebagai suatu ilmu penting kepada mereka.

Persepsi bahaya ini perlu dibendung dan diatasi dengan segera demi membentuk sebuah generasi masa depan yang mampu mempertahankan tanah air kelak.

Dalam hal ini saya sangat setuju dengan pandangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menekankan bahawa pengajaran sejarah di sekolah amat penting.

Jika generasi muda tidak mengerti sejarah dan budi perjuangan luhur, kesilapan kita ialah lantaran mereka tidak diajar secukupnya sejarah sebenar.

Dalam hal ini kita tidak berniat untuk menuding jari menyalahkan pihak sekolah, guru mahupun Kementerian Pelajaran.

Bagaimanapun, penulis berpandangan pihak-pihak ini perlu menggiatkan lagi inisiatif dan usaha untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai suatu subjek menarik untuk dipelajari oleh anak-anak muda kita.

Ini penting kerana bilangan pelajar yang mampu dan layak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi membolehkan mereka mempelajari sejarah negara mahupun dunia di universiti adalah masih rendah berbanding yang hanya mampu memperoleh pendidikan asas di peringkat sekolah.

Justeru, penekanan sememangnya wajar diberikan pada peringkat sekolah yang mengajar perkara asas mengenai sejarah negara kita.

Selain mewajibkan kelulusan subjek Sejarah di peringkat peperiksaan sekolah, ia juga perlu dipastikan agar dipelajari dan dihayati sepenuhnya oleh anak-anak kita.

Kita tidak mahu mereka hanya membaca dan menghafal untuk lulus peperiksaan semata-mata yang akhirnya lupa dengan segera apa yang dihafal.

Dalam hal ini apa yang penting ialah tahap penghayatan mereka yang diharap berkekalan untuk selama-lamanya dan diperturunkan kepada generasi selepas mereka.

Hal ini hanya akan berlaku andai mereka benar-benar mencintai sejarah negara ini.

Pada masa yang sama, kita berharap generasi muda hari ini akan lebih insaf pengorbanan generasi terdahulu seterusnya lebih bertanggungjawab terhadap negara kita.

Saya berharap kelompok anak muda ini di samping meminati pelbagai gajet canggih seperti iPad, iPhone dan Blackberry, jangan lupa menyelak dan membaca buku-buku sejarah negara.

Ringkasnya generasi muda perlu menghayati sejarah kemerdekaan dan pembentukan negara kita yang sangat unik dan istimewa ini selain perlu sedar merekalah yang bertanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankannya kelak.

Kita perlu sentiasa ingat bahawa sekali kita merdeka tidak bermaksud akan merdeka selama-lamanya andai kita gagal memelihara dan menghayatinya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/PenaKampus_Generasimudaperluhayatisejarahnegara/Article

Lagu BIG Fasa Pertama PISMP Ambilan Januari 2012

AZAM YANG SUCI

Tersedarku dari lamunan
Sejarah pahit kulupakan
Ku semaikan benih-benih harapan
Bersama sejuta impian

Dengan azam dan keyakinan
Tempuh cabaran kehidupan
Terujilah segala ketabahan
Berikanlah ku kekuatan dan keimanan

Kumengharapkan kejayaan
Menanti dihadapan
Namun hakikat belum nyata
Harus berusaha

Suatu hari nanti
Pasti aku berjaya
Akan aku buktikan
Padamu ayahbonda

Disitu kita lihat, kebenaran hakikat
Impian jadi nyata, kata telah dikota
Bukan khayalan dan bukan lakonan
Tapi inilah kenyataan

Kerana cita diiringi doa
Pasti aku akan berjaya

Lagu BIG Fasa 1/ Semester 1 2012 –
 PISMP BM1, BM2, PSV

12 Apr 2012

EDU 3102 - Tajuk : Perkembangan Kendiri

PERKEMBANGAN KENDIRI – ISL Minggu 9

Soalan: Jelaskan bagaimana konsep kendiri dapat mencorakkan keperibadian kanak-kanak dan remaja.

Apa Itu Konsep Kendiri?
·        H.V Perkins (Human Development and Learning, 1974) berpendapat konsep kendiri terdiri daripada perspektif, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.
·        Vernon (1980), konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya daripada orang lain.
·        Stewat dan Friedman (1987), tanggapan individu terhadap indentiti dirinya yang berbeza dengan individu lain sejak peringkat bayi.
·        Popplestone dan McPherson (1988), berpendapat ia merupakan integrasi pengetahuan bersama dengan reaksi seorang yang membezakan dirinya daripada individu lain.
·        Amir Awang (1991), - integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain, dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.
  • Konsep kendiri ialah semua persepsi anda terhadap diri anda sendiri, dari segi kebolehan, kesukaan, personality, kemahiran dan lain-lain tentang anda.
  • Apabila maklumat yang anda terima bertentangan dengan konsep kendiri anda, anda menjadi cemas, bimbang, begitu juga dengan orang lain yang menerima maklumat yang berlawanan.
  • Dapatlah dirumuskan bahawa konsep kendiri merupakan penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Ia terbentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran.
  •  Ia mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam persekitaran sedikit sebanyak dapat mencerminkan konsep kendirinya.


          Konsep kendiri merupakan salah satu aspek yang mencorakkan keperibadian seorang kanak-kanak dan remaja. Konsep kendiri seseorang wujud dalam bentuk positif atau negative. Menurut Marsh dan Yeung (1997), arah konsep kendiri seseorang adalah penting bagi remaja kerana ia mempengaruhi pencapaian peribadi seseorang, terutamanya dalam bidang akademik dan ia turut berkait rapat dengan hubungan interpersonal, keupayaan fizikal, pemilihan kerjaya dan kejayaan kanak-kanak atau remaja tersebut (Hattie,1992). Konsep kendiri akhirnya akan mencorakkan keperibadian kanak-kanak dan remaja seumur hidup. Berikut merupakan huraian bagaimana konsep kendiri tersebut dapat mencorakkan keperibadian mereka.


KONSEP KENDIRI POSITIF

KONSEP KENDIRI NEGATIF
  • · Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai personality positif ini akan melahirkan personality yang harmonis dan seimbang seiring dengan kehendak FPK.

  •   Konsep kendiri yang negatif akan menyebabkan sahsiah mereka tidak seimbang dan mempunyai sikap rendah diri yang amat kompleksm
  • Mereka dapat menilai diri mereka dan percaya akan kebolehan diri mereka.

  •     Mereka sentiasa merasakan diri mereka salah, sering bimbang dan takut kepada kegagalan.

  • ·   Personaliti positif membawa kepada sifat tenang, bertindak dengan positif dan penuh ketabahan apabila mereka menghadapi cabaran

  •    Konsep kendiri negatif akan mempengaruhi aspek sosial mereka iaitu pasif, tidak suka bergaul, cepat kecil hati dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain.

  • ·   Memikul tanggungjawab dengan baik.

  •    Tidak yakin akan diri sendiri, mengelak akan situasi yang sukar dan mereka tidak berani mencuba kerana takut gagal.

  • · Bersikap bertimbang rasa, mempunyai pandangan positif tentang diri sendiri dan mudah menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain.

  •     Perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya akan kebolehan diri dan orang lain yang melampau-lampau.

  • ·  Mempunyai personaliti positif menjadikan mereka seorang yang mudah bersosialisasi dengan orang lain dan mudah diterima oleh orang lain.

  •   Konsep ini akan cenderung menyebabkan mereka mudah tersentu atau sensitif terhadap teguran dan kritikan daripada orang lain.

  • ·  Dapat menahan perasaan kecewa dengan baik dan rasional

  •     Sentiasa bermasam muka dan bermuram.

  • · Senantiasa bangga akan pencapaian diri dan berani mencuba.

  •       Konsep ini turut menyebabkan remaja dan kanak-kanak ini bersifat penakut, pemalu dan tidak mahu bertanggungjawab.

  • · Mempunyai keyakinan  diri sendiri dan menerima kekuatan dan kelemahan diri dengan positif.

  •      Akibat daripada konsep kendiri negatif ini, mereka tidak diterima oleh rakan sebaya mereka.

  • · Optimisitk dan sentiasa riang dan gembira dalam apa jua situasi yang dihadapi dalam hidup.

  •        Ketidakyakinan kepada diri sendiri menyebabkan mereka akan kerap gagal dalam hidup.

  • ·  Mereka akan sentiasa menerima pujian, perhatian, pertolongan daripada orang disekeliling seperti ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat lain.

  •      Kritikan ataupun amarah keluarga, guru, murid sedarjah dan masyarakat sekeliling menyebabkan mereka tidak suka bergaul dengan oran lain.

  • · Sentiasa menjadi pendorong kepada orang lain.

  •      Akibat kurang keyakinan diri, mereka sukar untuk bersosialisasi dengan orang lain dan tidak mahu berada di khalayak ramai.



Sumber Rujukan :


Disediakan Oleh Kumpulan : Victoria & Jarau.