26 Mar 2012

Bangunan Baru IPG Kampus Rajang, Bintangor.

Blok baru IPG Kampus Rajang telah siap dibina pada tahun lepas iaitu 2011. Pada awal tahun 2012, blok ini mula digunakan oleh guru pelatih senior dimana mereka ditempatkan di tingkat atas blok. Bangunan ini merupakan bangunan yang sangat menarik dan menampakkan struktur yang gah. Apabila memasuki kawasan IPG Kampus Rajang, pelawat akan terus dapat melihat bangunan ini iaitu di sebelah kanan gate masuk. 

Gambar : Dinding bangunan yang sangat menarik dan gah.

Gambar : Laluan di tingkat bawah bangunan ini.

Gambar : Dinding bangunan baru.

Gambar : Dua orang guru pelatih yang excited :)

Gambar : Perkarangan masuk ke bangunan.

Gambar : Tempat meletak kereta di bahagian tepi bangunan untuk kegunaan pensyarah dan staff.

Gambar : Bangunan ini mengutamakan ciri-ciri keselamatan yang lengkap.

Gambar : Pemandangan Dewan Sri Rajang dari blok.

Gambar : Tandas disediakan di aras bawah dan atas bangunan.

Gambar : Pasu bunga digunakan untuk menghias dan mencantikkan bangunan.
Link to IPG Rajang's site : http://www.ipgkrajang.edu.my

Selamat datang kepada pelawat-pelawat yang datang ke IPG Kampus Rajang serta  bakal pelatih akan datang. 

We welcome you aboard! :)

24 Mar 2012

Where we live, where we study, where we grow up.


A place that has thought us many experiences, where we met new people. 
A place where we found our true ambition, our new soul. A soul that guide us to a new chapter of life, being a teacher.
To teach, to be a guidance for the children.
This is also a place where some of us found our soul mates, where we met great lectures and built new friendship.
Millions of thanks to our parents that trusted us, sending us here. Thanks to the government for letting us gained our knowledge here. Thank you to our lectures.. Thank you everyone..

23 Mar 2012

Guru tidak dipinggirkan..

Entry hari ni khas untuk Classmate tercinta, PISMP BM2 Ambilan Jan 2012. Renung-renungkanlah.. Senyum senang hati sudah :D



Najib umum kaedah baru kenaikan pangkat guru PDP

KUCHING: Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan.

Jika berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah kerajaan sempena Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan dan menyedari beban tugas mereka memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan beliau dalam rakaman video yang ditayangkan ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, di sini semalam dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya. 
Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Najib berkata, insentif itu adalah kesinambungan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan yang mengambil kira keunikan tugas guru dan keperluan memberikan kenaikan pangkat melalui kaedah berasaskan masa (time-based).

Katanya, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka pada gred DG48 selepas berkhidmat selama 25 tahun dan sudah tiba masanya laluan kerjaya guru ditambah baik.

“Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik darjah dan padang permainan dengan sebuah negara yang mahu serta bertamadun hebat tidak mungkin terbina tanpa insan bergelar guru.

“Hari ini di setiap ceruk rantau negara, guru tanpa mengenal erti penat lelah sentiasa membawa cahaya harapan kepada anak Malaysia. Merekalah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan bagi membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai beberapa tuntutan yang belum diselesaikan berkata, isu seperti guru siswazah yang belum mendapat kenaikan gred akan diselesaikan secepat mungkin.

“Perjawatan guru amat luas dan kita memandang serius setiap tuntutan yang dikemukakan serta perlu diteliti sebelum diselesaikan seperti isu guru siswazah yang berada di gred diploma.

“Begitu juga dalam mengukur pencapaian guru. Dulu kita sukar untuk menilai, tetapi menerusi sistem dan insentif baru, lebih banyak ganjaran disediakan dan ia berjaya melonjakkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.

Mengenai dakwaan insentif baru yang diumumkan Perdana Menteri sebagai meniru Buku Jingga pembangkang, beliau menegaskan, kerajaan melakukan pelbagai usaha menambah baik perkhidmatan pendidikan tanpa perlu menunggu pilihan raya.

“Insentif yang Perdana Menteri umumkan ini lebih baik daripada janji RM500 pembangkang yang hanya manis di bibir saja. Kita buat semua ini bukan disebabkan mahu menghadapi pilihan raya umum, sebaliknya ia dilakukan sepanjang masa,” katanya. 

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NaikhinggaDG54/Article/

Pembatalan SBPA, SSM dikekalkan :)

Berikut pembatalan SBPA oleh Dato' Sri Najib dalam ucapannya di PICC Putrajaya pada 8 Mac 2012, SSM akan dikekalkan dan dibuat penambahbaikan.
Jangan stress, jangan tertekan.. Terima seadanya.. Setiap kejadian ada hikmahnya. 

Baca, jangan tak baca. Boleh share kalau care. :)

Tak puas hati lagi? Malas nak mencongak? Sila rujuk jadual di bawah untuk kepastian,


Highlights :
  • 13% untuk Kumpulan Pnp & Gred 1 - 54
  • 9% untuk Gred JUSA, A, B, dan C
  • 8% untuk Gred Turus 3 dan 2
  • 7% untuk gred Turus 1 dan Gred KSN
Lastly ;
Guru - Laluan Kerjaya ikut time based.

Guru adalah segala-galanya. Perlu ingat.. Senyumlah wahai bakal guru.. Kita tidak dipinggirkan. 
All the best! :D

Keratan Akhbar- Program PISMP Terbaru.

Berikut merupakan keratan dari akhbar dimana diterangkan kelayakan yang diperlukan untuk program PISMP terbaru. Seperti yang kita ketahui, Program PPISMP mungkin dimansuhkan untuk menjimatkan kos dan masa. Hal ini pada dasarnya memberikan banyak kelebihan kepada pelajar-pelajar yang ingin memohon untuk program PISMP terutamanya pelajar lepasan STPM.

Apa tunggu lagi.. Sebarkan kepada rakan-rakan, adik-adik atau saudara mara anda yang lepasan STPM mahupun SPM. 
Nampak gayanya, mereka akan graduate awal dan tak perlu tunggu 5 tahun setengah macam kita lagi.. Congratulations kepada STPM-ers yang lulus cemerlang!

Share kalau care.. :)

Sumber gambar : blog ini

Barang baik tak baik ditangguh-tangguh.. Bak kata orang tua2..
Selamat mencuba kepada adik-adik..

22 Mar 2012

Proudly Present To You..

Today, we had our first photo shot for this semester. But unfortunately, one of our classmate was absent so she is not with us in those photos. 
We're gonna update more about this tomorrow. 

This is our favorite for the moment. 


Soya Bean memudaratkan kesihatan!!

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).


(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)


(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Teachers should read this..

Have you ever encountered that humanistic word before? I bet yes.


So my English for Specific Purposes Theory & Practice (phewww...that's a long name) lecturer told us some stories and incidents happened during his trainee years.


He was a teacher trainee at a rural school and his job was, of course to teach students and being evaluated by his supervisor/lecturer.


The day he entered the classroom,class for bright students, he came up with what he thought the best teaching plan.


He can see the ecstatic looks from the students as they knew he's a trainee teacher. So,after introducing himself, he started to roll down his decorated huge paper on the board and starts teaching.


What he thought was the student would be interested with his ''new teaching method' as he came up with those maybe colorful decorated papers. As he continues his teaching a student rose up and told him,


''Sir,we have seen lots of that before, rather than teaching why dont we discuss on this recent news.''
At that time,there was an accident happened at Johor if i'm not mistaken, an airplane crashed. My lecturer was shocked, in a good way. He glanced at his supervisor for approval & he nodded as a signal for him to continue. Then my lecturer says "Ok. Let's discuss on what happened''.
So almost all of the student put newspapers on their desk !
And so they discuss on what might happened to the plane and all.




"Nobody is unteachable."
2nd incident, he was teaching in a not so bright class where all of the teachers gave up on them.As he teached he saw that none of the students gave attention,so he gave them a task. Divided in groups he asked them to find as much rocks as they can in didferent sizes and measure the lengths,describe the color,physical and all. They were so excited and gave their all to the task given and some of them spoke broken English to each other whilst discussing.
What an effort!


So the next days onwards he kept giving them tasks which involes outdoor activities.
In my point of view, it sparks hopes in their life that they're somewhat appreciated by the teacher although they're not so bright.




"Coming to school is an achievement itself."
Lastly, my lecturer notices that some of the students came late for school and he wondered why. Later he figured out that the journey from their home took sometimes hours just to get to school, walking. And an inconsiderate teacher even slaps them for being late without trying to figure out the reasons.


So the humanistic value is, no matter how hard & long the journey is the students still strives to get to the school, not on time but, they arrives at the school anyway. That's the point, to be at the school!


Honestly, I shed some tears while listening to him. There's alot of unfortunate people out there ..