11 Mar 2013

Nilai Ajaran Agama Hindu dan Buddha

NILAI – NILAI DALAM PERAYAAN UTAMA AGAMA HINDU Tutorial Minggu 9

KUMPULAN 2 :
PAULINE ANNA JOHN
HANISAH BINTI TIRMIZI
CORINA MON
JACQUELINE SAPOK
SITI NADZIRAH BINTI YUSOF
VICTORIA MAZUIN MALARN
PERAYAAN UTAMA
  • Hari Deepavali (Bahasa Hindi: दिपावली, Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
  • Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan.
  • Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
  • Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan.
  •  Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
  • Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali

NILAI – NILAI DALAM PERAYAAN
deepavali

I.Nilai keadilan
II.Toleransi
III.Menentang kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk
IV.Mementingkan kemenangan dan nilai positif
V.Nilai positif mengatasi sifat-sifat negatif dalam diri mereka semasa meraikan perayaan ini.
VI.Memupuk persefahaman dan suasana yang muhibah melalui pertemuan antara ahli keluarga
VII.Memupuk nilai kasih sayang antara satu sama lain
VIII. Mementingkan kejayaan melalui kebaikan

Sumber :

HARI WESAK
Wikipedia
Hari Wesak ni hari penting untuk orang agama Buddha sebab ia melambangkan kelahiran dan kewafatan Gautama Buddha. Hari wesak disambut pada bulan Mei pada waktu bulan terang
Aktiviti Hari Wesak
Waktu Hari Wesak, penganut ajaran Buddha akan pergi kuil Buddha pada waktu pagi untuk bagi penghormatan kepada Buddha seperti simbol Pagoda, Patung Buddha, Pokok Bodhi & Sarikata.Lepas diorang bagi penghormatan pada pokok dan patung tu, diorang sembahyang dan lepaskan burung merpati pulak.
Nilai murni
Selain sembahyang di kuil, Hari Wesak juga merupakan hari memberi makanan pada orang miskin dan sedekah pada para sami.