7 Oct 2011

oh Mama

setiap orang pasti memiliki cerita dan kesan tersendiri mengenai ibu tersayang, terutamanya 
pengalaman-pengalamn suka dan duka semasa menjalani kehidupan. daripada kaca mata kerohanian, 
kita dapat melihat doa seorang ibu ternyata memberi kesan yang luar biasa bagi perkembangan keluarganya.... doa seorang ibu sangat beerti bagi suami dan anak-anaknya.

kadang-kadang ibu tidak memiliki upaya dan kemahiran yang tinggi untuk bekerja seperti suami. 
malah, tidak hairan sekiranya anak-anak lebih pintar mengajar ibunya dalam beberapa perkara. tetapi, 
yang tidak dapat dinafikan lagi adalah setiap ibu pasti memiliki, 'modal dalaman' untuk berlutut dan berdoa, menangung kehidupan keluarga, anak-anak serta kerjaya suami. walaupun seorang ibu itu hebat dan berjaya dalam kerjayanya, 
namun peranannya mempertahankan keluarga dan sebagai penolong tetap masih dominan..

seiring dengan perkembangan zaman, 
peranan ibu yang sepatutnya besar, sering kali terganggu. 
ramai ibu yang begitu mudah menyerahkan tanggungjawab pengasuhan anak-anak kepaada pembantu atau pengasuh (baby sitter). lebih menakutkan lagi apabila seorang ibu dengan senang menghentikan kehidupan seorang bayi iaitu anak kandungnya sendiri hanya bagi menutup aib atau kerana tidak mahukan kehadiran bayi berkenaan. malah terdapat para ibu yang menggugurkan kandungannya demi kesenangan dan kepentingan dirinya sendiri.

lutut yang hancur kerana menahan beban semasa berlutut dan telinga mendengar panas kerana banyak mendengar keluhan anak-anak dan suami adalah jauh lebih indah daripada mulut yang terus membentak dan menyebarkan gosip.

ada banyak kisah mengenai ibu dan kisah-kisah itu menjadi tuliasan bertinta emas penuh dengan makna 
dan kita perlu tahu bagaimana perlu memberi perihatian kepada mereka. 
tidak ada ibu di dunia yang akan meminta bayaran di atas air susu yang diberikannya kepada kita. 
ibu-ibu juga tidak akan meminta bayaran atas kerja-kerja yang dilakukannya kepada anak-anak. 
semuanya dilakukan dengan perasaan ikhlas daN mereka sanggup berkorban demi anak-anak dan suami tercinta...

oleh itu, dengan memberikan prihatian dan kemeseraan kepada mereka, samangat mereka tentu meningkat. secarik kertas yang bertuliskan berita mengenai anak dan cucunya, ungkapan kata-kata melalui SMS, telefon malah sekeping poskad yang bergambar indah, sudah cukup memberi makna dan kebahagian kepada mereka, sebagai seorang ibu. kiriman buah tangan ataupun wang ringgit juga dapat merapatkan jurang-jurang yang jauh itu.... tetapi apa yang penting adalah perihatian dan kasih sayang yang diberikan pada mereka. selagi mereka masih ada, walaupun mungkin tidak tinggal serumah dengan kita, lakukanlah sesuatu yang dapat menyenangkan hati mereka....

menyediakan tanah perkuburan yang indah seperti tugu penghormatan untuk ibu apabila mereka meninggal dunia, 
tidak mempunyai sebarang makna, sekiranya dibandingkan dengan perhatian dan kasih sayang yang kita berikan semasa mereka masih hidup. 
kerana apabila si ibu pulang ke pangkuannya, akan timbul penyesalan walaupun kita melakukan yang terbaik untuk mereka, apalagi sekiranya kita tidak pernah melakukan kebaikan terhadapa mereka sama sekali.
 namun penyesalan selalu datang pada saat akhir dan tidak mungkin dapat kita putarkan waktu bagi menutupi penyesalan itu.

siapakah yang dapat menggantikan peranan dan kasih sayang seorang ibu? tidak ada!!!! IBU adalah tiada pengantinya. Rasanya kurang tepat sekirnya suatu hari nanti semasa menghadap TUHAN, kita membawa gelaran baru iaitu 'ANAK DERHAKA' kerana tidak pernah memberi perihatian dan kasih sayang kepada ibu yang melahirkan dan membesarkan kita. harta, surat dan segala kesenagan yang diberikan kepada ibu tidak boleh dibawa ke akhirat, melainkan HATI yang penuh KASIH SAYANG dan perhatian kepada si IBU, inilah yang menjadi catatan tersendiri dalam "BUku KEhidupan'.

**dah.. habis baca??**tq :)
hihi... penuh makna kan...
..jadi.. sayangilah ibu anda iya...
Love my mum sooo.. muchh,..

inilah pengkongsian kita untuk kali nie,..
pa pun... TQ banyak2 kepada "buku idaman" saya ni
kerana banyak memberi input yang berguna dan dapat dijadikan panduan oleh kita semua,..
.

1 comment:

Comment/Komen