Salam semua, dan salam sejahtera..
Hari ni 19. September. 2011, kelas PPISMP BM2 Sem 3 ada Kajian lapangan di tempat yang berbeza. Kajian Lapangan ini adalah untuk subjek Pengajian Sosial (Geografi).
Kami mendapat pengalaman yang pelbagai. Amat menyeronokkan dan ada juga rakan-rakan kami bertuah dapat merasakan buah-buahan yang dihasilkan oleh MARDI. Ada juga rakan kami yang mendapat peluang untuk menaiki bot di Kabong dan makan ikan serta obor-obor. Kumpulan yang lain merasa berjalan dan mengembara di dalam ladang kelapa sawit yang seluas 1000 hektar. Kumpulan tersebut juga mendapat kebenaran untuk membawa biji kelapa sawit pulang ke kampus..
Semua pengalaman ini amat berharga kepada kami semua.. Meskipun sangant letih dan ada juga yang sunburn kerana berjalan di dalam panas, namun semuanya pengalaman yang berharga.
Ini juga merupakan satu persediaan kepada kami yang bakal mengajar di P3 kelak..
Kami bersyukur kerana berjaya menghabiskan Kajian Lapangan kami dengan jayanya pada hari ini.
Kami tiba di kampus pada pukul 5 petang setelah seharian berapada di Sessang dan Kabong..
Kami juga berterima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Razak, Tuan Haji Mahmud dan juga Encik Janom. Kami berkesempatan untuk berkenalan dengan Encik Janom kerana dia tidak mengajar kelas kami. Kami bertuah kerana berada di bawah bimbingan beliau yang sangat ramah dan tidak lokek dengan senyuman.
Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di semua tempat di mana kami menjalankan Kajian Lapangan tersebut. Mereka semua sangat ramah, suka membantu kami dan tidak pernah mengeluh untuk menjawab soalan-soalan kaji selidik kami. Malah pekerja dari luar negara seperti pekerja Indonesia turut ramah menjawab soalan yang kami ajukan..
Kami berharap semoga dapat bertemu dengan kalian semua sekali lagi.
wahh...i like this!!tp syg gmbrnya tiada.Gmbr kt ladang dgn pekerja2 kt c2...so enjoy!!
ReplyDeleteAda Heleni.. tunggu kumpul semua gambar kita lepas tu akan di post dalam sini k.. Sabar k :)
ReplyDelete