21 Sept 2011

.......BeRkOnGsI.....

Masalah berkongsi
adalah
topik yang tidak pernah habis-habis direnungkan dan dibincangkan
 .....Inilah Manusia......
yang diletakkan dalam hatinya oleh Tuhan
keinginan supaya sentiasa berkongsi
Pengkongsian menunjukkan pengorbanan
 dan
kerelaan untuk memberi.
Semakin banyak memberi,
semakin kita merasakan kekurangan.
Pengorbanan yang paling besar adalah pengorbanan diri
iaitu
apabila yang dikorbankan adalah harga diri sendiri
demi
mengingatkan harga diri orang lain....
Disinilah keindahan
berkongsi dan memberi
berbanding dengan sekadar menerima....

Namun
pengeseran paradigma moral pada masa kini membawa keindahan lain
dalam mengambil dan bukan memberi
Berkongsi bukanlah yang dilihat dari luaran sahajA
Tetapi juga sesuatu yang berasaL dari dalaM
Itulah sebabnya apabila ingin berkongsi dengan seseoranG,
sebaik-baiknya tidak diketahui orang lain
cukup hanya diketahui orang yang menerima perhatian dan  kasih sayang
daripada kita,
dan juga Tuhan
 ...yang melihat hati yang tulus untuk berkongsi..
....Berbicara...
menunjukkan kita berkongsi
sementara mendengar menunjukkan kita ambil peduli
perkara ini sekaligus mengambarkan berkongsi tidak dapat diasingkan
daripada perasaan ambil tahu
ambil tahu pula adalah salah satu  cara mengawal langkah dalam berkongsi 

PerkongsiaN
yang berlandaskan cinta yang tulus membuahkan keserupaan
seorang teman sejawat yang juga penasihat keluarga
mengatakan bahawa suami isteri yang sentiasa berkongsi
lama kelamaan menunjukkan wajah yang mirip
Mereka yang saling berkongsi memiliki kepekaaN
yang tinggi
..bagi memahami keperluan dan keinginan pasangannya..
bahkan dalam aspek kerohanian
dikatakan semakin bersedia manusia berkongsi beban
berkongsi waktu,
dan
berkongsi apa sahaja yang dimiliki sesama manusia
dan
bagi kemuliaan Tuhan
maka
sifat-sifatnya juga
semakin
mendekati sifat-sifat
TUHAN 

:)
post by me... Noriko Rina :)
adakah anda seorang yang suka berkongsi?? tepuk dada tanya selera lar iyaa....
renung2kan lah betapa besarnya makna sebuah perkongsian dalam hidup kita... 

3 comments:

  1. saya suka topik neh..sebab perkongsian adalah pengorbanan saya suka yg neh, malah berbicara dan sikap mbik thu pun merupakan sebuah peerkongsian.... :) ahahaha.,..

    ReplyDelete

Comment/Komen