PERKEMBANGAN KENDIRI – ISL Minggu 9
Soalan: Jelaskan bagaimana konsep kendiri dapat mencorakkan keperibadian kanak-kanak dan remaja.
Apa Itu Konsep Kendiri?
· H.V Perkins (Human Development and Learning, 1974) berpendapat konsep kendiri terdiri daripada perspektif, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.
· Vernon (1980), konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya daripada orang lain.
· Stewat dan Friedman (1987), tanggapan individu terhadap indentiti dirinya yang berbeza dengan individu lain sejak peringkat bayi.
· Popplestone dan McPherson (1988), berpendapat ia merupakan integrasi pengetahuan bersama dengan reaksi seorang yang membezakan dirinya daripada individu lain.
· Amir Awang (1991), - integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain, dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.
- Konsep kendiri ialah semua persepsi anda terhadap diri anda sendiri, dari segi kebolehan, kesukaan, personality, kemahiran dan lain-lain tentang anda.
- Apabila maklumat yang anda terima bertentangan dengan konsep kendiri anda, anda menjadi cemas, bimbang, begitu juga dengan orang lain yang menerima maklumat yang berlawanan.
- Dapatlah dirumuskan bahawa konsep kendiri merupakan penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Ia terbentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran.
- Ia mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam persekitaran sedikit sebanyak dapat mencerminkan konsep kendirinya.
Konsep kendiri merupakan salah satu aspek yang mencorakkan keperibadian seorang kanak-kanak dan remaja. Konsep kendiri seseorang wujud dalam bentuk positif atau negative. Menurut Marsh dan Yeung (1997), arah konsep kendiri seseorang adalah penting bagi remaja kerana ia mempengaruhi pencapaian peribadi seseorang, terutamanya dalam bidang akademik dan ia turut berkait rapat dengan hubungan interpersonal, keupayaan fizikal, pemilihan kerjaya dan kejayaan kanak-kanak atau remaja tersebut (Hattie,1992). Konsep kendiri akhirnya akan mencorakkan keperibadian kanak-kanak dan remaja seumur hidup. Berikut merupakan huraian bagaimana konsep kendiri tersebut dapat mencorakkan keperibadian mereka.
KONSEP KENDIRI POSITIF | KONSEP KENDIRI NEGATIF |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Rujukan :
- Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Sekolah Rendah: Komponen 1&2 Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Mok Soon Sang, 2009. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
- http://wrozai.blogdrive.com/archive/2.html
- http://shukreyahz.blogspot.com/2007/02/perkembangan-psikososial_3766.html
Disediakan Oleh Kumpulan : Victoria & Jarau.
No comments:
Post a Comment
Comment/Komen