31 Jan 2013

Gotong Royong Membersih Kelas

salam sejahtera semua!!
baru2 ini gegerl dan boboy bergotong-royong membersihkan kelas.. azam baru lah kononnya..padahal arahan dari bapak kitorang sape lagi kalau tak Tn Hj Ulin..beliau dah bpe kali ingatkan kitorang untuk hiaskan kelas p kitorang x jgak bergerak..minggu ke2 beliau masuk untuk sesi tutorial, beliau naik angin lah plak sebab kitorang  xjgak nak hias kelas,,alasan kitorang "me yo chen" haha.. (alasan yg same je sebab kitorg kering sangat ..al maklum lah elaun blom masuk)..hidup kitorng ni sangat bergantung gn elaun lah sangat..lain lah kalau ada bantuan lain..huhu

lepas kene marah dgn bapak kami, kami pun mula lah buat rancangan..oleh itu, ajk keceriaan bg sem ni lah memulakan tgjwb mereka..ajk keceriaan kelas kami sangat ceria orgnye iaitu vivic comel &jac sparrow..haha..jangan marah ye.. so kami plan la nak beli barang..yg paling best nye bapak kami sumbang ckit utk kelas kami..yahoooo!! bukan main seronok nye kami..kalau pasal $$$..hmm..cepat je.. ape lagi dah rezeki kan,,syukur sangat dapat bapak cam beliau (Tn Hj Ulin) ..semoga beliau dimurahkan dengan rezeki..aminn..

hari kami hendak memulakan gotong-royong plak satu hal nye..mane tak kami gotong-royong tym petang maulidur rasul...org bercuti sampai kami xdapat nak masuk kat kawasan kelas.susah payah plak beberapa konco2 kami nak dapatkan kunci nak masuk kelas..hal ni plak kami mintak tolong bapak plak.nasib baik bapak nak jgak terlibat dalam hal ni..hehe..


kelas kami.. melor 4..






ni lah kelas kesayangan kami..

--------bersambung-------------









30 Jan 2013

Perkongsian Wakil BM2 Himpunan Guru Muda 1 Malaysia (GM1M)


SIBU: Kementerian Pelajaran baru-baru ini meluluskan Pelan Transformasi Pendidikan Pe-dalaman Sabah dan Sarawak bagi memperkasa taraf pendidikan di kedua-dua negeri itu. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan tersebut turut berperanan mengu-rangkan jurang perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar. Pelan tersebut, katanya, lebih menjurus kepada kesinambungan dan mempertingkatkan taraf kua-liti pendidikan di luar bandar selain memastikan beberapa perkara utama disediakan. “Tumpuan utama pelan transformasi ini ialah bagi memastikan keseimbangan kualiti pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar tanpa mengira tahap pe-dalaman,” ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Himpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) yang berlangsung di dewan SMK Sacred Heart di sini semalam. Turut hadir Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ke-tua Pengarah Pendidikan Malaysia Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud dan Pengarah Pendidikan Negeri Abdillah Adam. Selain itu, katanya, Kementerian Pelajaran turut memberi fokus kepada empat inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini. Inisiatif tersebut antara lain memperkenalkan Program Rakan Pembimbing Peningkatan Sekolah (SI Partners) Plus dan Program Jurula-tih Khas Peningkatan Sekolah (SISC) Plus di Kedah dan Sabah, jelasnya. Ia adalah sebahagian usaha membimbing guru Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik, terutama di sekolah yang berada dalam Band Lima, Enam dan Tujuh. Menurut beliau, program itu memberi faedah yang besar kepada pengetua, guru besar dan guru, katanya. Selain itu, Muhyiddin berkata, inisiatif berkenaan akan melakukan penilaian terhadap 70,000 guru opsyen BI menerusi Cambridge Placement Test (CPT) dan kemudian guru dibahagi mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian. Bagi guru yang tidak mencapai tahap kemahiran ditetapkan, jelasnya, latihan separuh masa akan diberikan. “Dalam 100 hari ini, kementerian turut bercadang melatih 5,000 guru BI,” tambah beliau. Muhyiddin berkata, inisiatif PPPM lain ialah meneruskan usaha meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) dalam kalangan murid. Sementara itu, Muhyiddin berkata, bagi memperlihatkan kejayaan inisiatif berkenaan lapan keberhasilan perlu dicapai menjelang akhir tahun ini, termasuk 100 peratus literasi BM. Katanya, keberhasilan lain ialah numerasi Tahun Tiga serta peningkatan ketara literasi BI. Ini termasuk memastikan 100 peratus guru opsyen BI lulus satu tahap penguasaan lebih tinggi dalam ujian CPT serta 50 peratus pengurangan sekolah Band Enam dan Tujuh di Kedah dan Sabah. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menyambut baik cadangan membangunkan sekolah teknikal di negeri ini. Jelas beliau, adalah menjadi harapan kepada semua pihak bagi melaksanakan secara meluas sekolah berkenaan menerusi transformasi pendidikan negara. Sekolah berkaitan teknikal atau vokasional, katanya, sangat diperlukan kerana ia sebahagian daripada pembangunan negara pada masa akan datang. Sementara itu, Ketua Menteri dalam ucapannya berkata, warga guru harus memainkan peranan dengan menggalakkan para pelajar di negeri ini untuk menceburi bidang pendidikan teknikal bagi memenuhi keperluan sumber tenaga negeri pada masa depan. Taib berkata, guru-guru harus memberi keyakinan kepada para pelajar untuk mengambil bidang teknikal serta tidak takut untuk belajar kemahiran tersebut. “Kita patut sedar, kita tidak harus takut kepada pendidikan teknikal. Kita harus memberi keyakinan kepada anak-anak supaya dapat menyesuaikan diri dengannya. “Ini harus diberi penekanan oleh guru-guru sekarang. Saya percaya ia dapat dilakukan,” katanya. Menurut Taib, bidang teknikal perlu memandangkan satu pertiga peluang pekerjaan untuk 20 tahun akan datang di negeri ini memerlukan pekerja yang memiliki kemahiran teknikal. Perubahan ini, katanya, memerlukan semua rakyat di negeri ini bersiap sedia termasuk anak-anak di luar bandar agar turut menyertai pendidikan teknikal. “Mereka perlu sedar bahawa pendidikan teknikal bukanlah satu pembelajaran yang menakutkan. Ini kerana ia akan memberi peluang pekerjaan lebih banyak kepada mereka pada masa akan datang. “Ini suatu perkara yang patut disebarkan oleh guru-guru kita agar penyertaan anak-anak dalam pendidikan teknikal dapat dipertingkatkan,” jelasnya. Taib juga yakin semua itu dapat dicapai walaupun kesedaran di kalangan anak-anak luar bandar masih belum mencukupi berbanding di bandar. Bagi mencapai tahap itu, beliau memberitahu akan berbincang dengan Kementerian Pelajaran bagi membolehkan lebih banyak sekolah teknikal menawarkan kursus peringkat sijil dibuka di negeri ini. “Oleh itu, kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat harus diterus dan dipertingkatkan pada masa akan datang. “Selagi BN mempunyai hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat, saya yakin kita dapat mencapai transformasi pendidikan ini,” katanya.#sumber dari UTUSAN BORNEO
inilah wajah guru muda yang terpilih...
dari kiri: vivic, wani, david, nad, pauline